|
Sibu, berlatar-belakangkan Sungai Rajang. |
Feb 10, 2014 - Buat pertama kali kaki ini menjejak Bumi Kenyalang sekaligus Kepulauan Borneo, ketika usia ini baru sahaja menginjak ke 33 tahun. Terletak di muara Sungai Rajang, Sibu yang dikenali sebagai Bandar Angsa (The Swan City) merupakan sebuah bandar yang agak tenang dari kesesakan & kesibukan lalu-lintas kenderaan bermotor.
Majoriti penduduknya yang berbangsa Cina menyebabkan mereka yang beragama Islam perlu lebih berhati-hati ketika memilih tempat untuk makan. Ini kerana kebanyakan premis makanan diusahakan oleh orang-orang bukan Islam walaupun dikunjungi ramai penduduk tempatan yang mempunyai wajah iras-iras Melayu Muslim Semenanjung. Ya, wajah seperti Melayu, namun hakikatnya mereka terdiri daripada kaum Iban & Melanau yang sebahagiannya bukan beragama Islam.
Antara makanan terkenal yang harus dicuba apabila bertandang ke Sibu ialah Laksa Sarawak yang rasanya seakan-akan bihun kari.
|
Laksa Sarawak. |
Selain daripada itu, tidak lengkap rasanya kunjungan ini sekiranya tidak mengambil peluang merasa roti Kompia yang cukup terkenal di Sibu, yang sejarahnya berasal dari Tanah Besar Cina.
|
Sejarah Kompia. |
Sebelum pulang, pastikan anda ke Pasar Besar Sibu bagi mendapatkan Kek Lapis Sarawak untuk dibawa pulang!
No comments:
Post a Comment