Video

Dalam Hati Ada Duri

Dalam hati ku ini, selamanya ada duri.
Sama ada ku cabut, atau aku yang mati.

Betapa Mudahnya "Mereka" Manjadi Tuan, Dan Kita Menjadi Hamba.

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Kenapa kita kena kerja pagi, petang, siang dan malam untuk cari duit? Kenapa semakin kuat kerja, hutang semakin bertambah? Kenapa bilangan orang susah jauh lebih ramai daripada orang senang? Duit-duit ni apa sebenarnya? Kenapa semua jenis duit dalam dunia ni kena bergantung kepada duit Amerika pula?

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada mengeluarkan duit-duit yang dipaksa bergantung kepada duit kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun pula adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.


Persoalannya: Mengapa kita mesti kena bergantung kepada dolar Amerika?

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. 


Pertama - Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.


Arjuna Beta


Di sebalik sebuah kisah yang menyayat hati, perjuangan kasih ibu, ketabahan & harapan, maka lahirlah sebuah nyanyian klasik Zaman Istana... (salute & respect!)

The Sibu Story.

Sibu, berlatar-belakangkan Sungai Rajang.
Feb 10, 2014 - Buat pertama kali kaki ini menjejak Bumi Kenyalang sekaligus Kepulauan Borneo, ketika usia ini baru sahaja menginjak ke 33 tahun. Terletak di muara Sungai Rajang, Sibu yang dikenali sebagai Bandar Angsa (The Swan City) merupakan sebuah bandar yang agak tenang dari kesesakan & kesibukan lalu-lintas kenderaan bermotor.

Hanya Aku


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dingin mu mengundang rindu kecewa
Hanya aku, dihuni sepi rasa kasih mu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika

Walau ku bahagia, mengejar banyangan mu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersama mu
Hanya aku... Huhu, huhu...


Apakah mungkin berulang janji setia
Apakah kekal ataupun menyambung duka
Dan diri mu insan sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasih mu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika

Walau ku bahagia, mengejar banyangan mu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersama mu
Hanya aku... Huhu, huhu... Huhu, huhu... Huhu, huhu...
Huhu, huhu... Huhu, huhu... Huhu, huhu...

Di huni rasa pilu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika

Walau ku bahagia, mengejar banyangan mu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersama mu

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Mengejar...
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya daku pasti merindui diri mu
Hanya aku... Huhu, huhu...

Pertapa

Di mana adanya Gua yang gelap
Di mana adanya Bukit yang tinggi
Di mana adanya Padang yang menghampar
Di mana adanya Langit yang luas
Di mana adanya Kegelapan
Untuk ku larut dalam Pertapaan
Melihat ke dalam Diri
Menyelam ke dasar Hati
Dan berbicara dengan Tuhan.

Hingar


Pabila di tempat kerja
- bunyi operasi mesin
- orang atasan

Pabila di jalan-raya
- bunyi kenderaan
- hon berantakan

Pabila di rumah
- anak-anak bercakaran
- TV (hiburan)
- suami isteri bertengkaran
- bunyi kenderaan
- kerja-kerja pembinaan

Apakah semua ini tidak terelakkan?

Lelaki di Dalam Hujan (Man In The Rain)


Seorang lelaki
Melangkah perlahan
Di bawah awan
Meredah hujan

Derap kaki
Menungkah dedaunan
Basah rumput
Mengubat kesunyian

Hujan surut
Sore yang nyaman
Mentari kuning
Di balik awan

Perasaan Itu

Perasaan itu bertandang lagi
Bayangan itu menjelma lagi
Laluan pesisir pantai Terengganu
Dan perjalanan menelusurinya
Seorang musafir merentas lalu...